Bakat Muda Sezaman merupakan acara tradisi pameran dan pertandingan yang diadakan di Balai Seni Lukis Negara sejak tahun 1974. Kemunculan Bakat muda Sezaman ini dianggap istimewa kerana ia membuka lembaran baru bagi pelukis muda menunjukkan kreativiti dalam senilukis. Pertandingan ini akan diadakan setiap dua tahun sekali bagi mencungkil bakat dan menyemarakkan daya saing di kalangan pelukis muda.